Inikah Wajah Firaun? Ini Dia Fotonya
Sebuah foto milik kantor berita Associated Press (AP) dan Agence France-Presse (AFP) memperlihatkan prakiraan wajah Firaun Tutankhamun. Tutankhamun i
POS KUPANG.COM -- Sebuah foto milik kantor berita Associated Press (AP) dan Agence France-Presse (AFP) memperlihatkan prakiraan wajah Firaun Tutankhamun.
Tutankhamun ialah seorang maharaja/firaun muda yang terkenal pada zaman kerajaan Tamadun Mesir purba. Baginda memerintah dari 1333 SM - 1323 SM dalam Dinasti XVIII turut dikenali sebagai Kerajaan Amarna.
Tutankhamun terkenal pada abad XX apabila makamnya di Lembah Raja-raja ditemui yang oleh Howard Carter. Anehnya mumia/mayatnya tidak pernah dirompak oleh pencari harta karun. Kebanyakan makam firaun lain yang terletak di lembah raja-raja pernah disamun perompak setelah beribu-ribu tahun.
Tutankhamun menjadi firaun Mesir ketika berusia hanya sembilan tahun. Dalam tempo10 tahun memerintah, Tutankhamin banyak membina semula kuil-kuil yang baru bagi menyembah tuhan-tuhan Mesir Purba, terutamanya Amun-Ra. Namun, Tutankhamun mangkat ketika berusia 19 tahun.
Kematian
Pada 18 Februari 2010, kajian genetik DNA mendapati Raja Tutankhamun mati akibat penyakit malaria yaitu sejenis penyakit tropika yang dibawa oleh nyamuk tiruk. Laporan itu disiarkan oleh Journal of American Medical Association. Kajian itu dilakukan oleh saintis Jerman dan Mesir.
Tubuh Tuthankhamun lemah kerana ia hasil sumbang mahram antara dua adik beradik (kakak dan adik lelaki). Pemuda ini sangat lemah dan menderita pelbagai penyakit dan mungkin berjalan dengan tongkat kerana kakinya gelap.(Wikipedia.org/Tribun Timur)